Pembalakan haram jadi punca banjir dahsyat di Sumatera?

Video tular memaparkan longgokan kayu ketika banjir yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembalakan haram di Sumatera. - Foto Agensi
Video tular memaparkan longgokan kayu ketika banjir yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembalakan haram di Sumatera. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Kemunculan longgokan kayu-kayu balak misteri di lokasi banjir di Sumatera hingga menggemparkan penduduk setempat telah membongkar kegiatan penebangan secara haram di wilayah Indonesia itu.

Rakaman udara menunjukkan sebahagian besar kawasan hutan kini 'botak' akibat aktiviti tidak terkawal tersebut yang juga dipercayai penyebab utama bencana lumpur dahsyat tersebut.

Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Cucun Ahmad Syamsurijal pada Isnin berkata, penemuan mengejutkan itu akan disiasat bersama dengan pihak berkaitan.

"Pemerintah akan menyiasat 'bencana buatan manusia' ini. Banyak hutan sudah gondol di Tanapuli Tengah dan Sibolga, Sumatera Utara.

"Keadaan itu menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang teruk. Kami akan membuat penyelidikan menyeluruh dan setiap kementerian serta agensi akan meneliti faktor penyebab kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pusat Penerangan Hukum (Kapuspenkum) Kejagung, Anang Supriatna mengesahkan aktiviti pembalakan haram juga akan disiasat Satuan Tugas Penertiban Kawasan Hutan (PKH).

"Kami menemui bukti berlaku kegiatan sedemikian yang memburukkan lagi bencana banjir di Sumatera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas jika ia merupakan aktiviti yang disengajakan," jelasnya lagi.

Perkara itu mendapat perhatian pemerintah setelah video memaparkan longgokan kayu balak dibawa arus banjir menjadi tular di media sosial. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kemunculan longgokan kayu-kayu balak misteri di Sumatera menggemparkan penduduk dan membongkar kegiatan penebangan haram
  • Sebahagian besar kawasan hutan kini botak akibat aktiviti tidak terkawal yang juga penyebab utama bencana lumpur
  • Wakil Ketua DPR, Cucun Ahmad Syamsurijal berkata penemuan itu akan disiasat bersama pihak berkaitan
  • Pemerintah menyiasat bencana buatan manusia dan akibat pembalakan yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur
  • Ketua Pusat Penerangan Hukum Kejagung, Anang Supriatna mengesahkan aktiviti pembalakan haram juga akan disiasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!