Polis buru saki-baki suspek serangan wartawan sukan

Fadil berkata, polis sedang memburu saki-baki individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu.
Fadil berkata, polis sedang memburu saki-baki individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu saki-baki individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun seorang suspek sudah dituduh di mahkamah, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti dan menahan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Walaupun suspek telah dituduh, siasatan masih berjalan kerana pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu secara bersama.

"Kita sedang mengesan saki baki individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini, ” katanya ketika ditemui dalam Program Penyerahan Sumbangan Masih Ada Yang Sayang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Namun, Fadil enggan mengulas lanjut sama ada polis sudah mengenal pasti suspek lain dalam kes berkenaan.

Pada 25 November lalu, Haresh, yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, mendakwa beliau diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya, manakala seorang lagi individu merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang memburu saki-baki individu terlibat serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol
  • Seorang suspek sudah dituduh di mahkamah, siasatan berterusan untuk mengenal pasti semua yang terlibat
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk menangkap semua peserta serangan
  • Ketua Polis Kuala Lumpur tidak mendedahkan sama ada suspek lain telah dikenal pasti
  • Haresh Deol diserang oleh dua lelaki sementara seorang lagi merakam menggunakan telefon bimbit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!