SAM kecam serangan ke atas wartawan sukan

SAM tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma
SAM tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma
A
A
A

Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengecam serangan ke atas wartawan sukan dan juga ahli SAM, Haresh Deol yang berlaku petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Haresh diserang dua individu tidak dikenali manakala seorang lagi merakam insiden itu.

Haresh mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran selain motif serangan terhadap Haresh masih tidak diketahui.

Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap memohon siasatan segera terhadap serangan yang berlaku.

"Serangan ke atas mana-mana wartawan adalah satu tindakan ekstrem yang tidak boleh dibiarkan, SAM tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma berikutan serangan seumpama ini," kata Ismadi.

Haresh yang juga pengasas portal media TwentyTwo13 melakukan perbincangan bersama beberapa rakan, sebelum diserang ketika bersendirian menuju ke keretanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SAM mengecam serangan ke atas Haresh Deol
  • Haresh diserang oleh dua individu tidak dikenali dan insiden itu dirakam oleh seorang lain
  • Haresh mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis
  • Presiden SAM memohon siasatan segera
  • Serangan itu berlaku ketika Haresh bersendirian menuju ke keretanya setelah melakukan perbincangan bersama beberapa rakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!