Peneroka maut ditetak: Suspek direman tujuh hari

Suspek di bawa ke Mahkamah Pengerang pada Rabu.
Suspek di bawa ke Mahkamah Pengerang pada Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI – Suspek kes tetak peneroka menggunakan kapak hingga maut di Felda Lok Heng Selatan di sini direman di Mahkamah Majistret Pengerang, selama tujuh hari bermula Rabu.

​Perintah reman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu oleh Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

​Suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi bagi permohonan reman.

Sebelum itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek berjaya ditahan jam 10.26 pagi semalam di dalam kebun kelapa sawit.

Suspek berpakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah bagi permohonan reman.
Suspek berpakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah bagi permohonan reman.

Katanya, pihak polis menerima maklumat kejadian bunuh melibatkan mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 68 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan di kawasan Felda berkenaan lebih kurang JAM 7.56 malam Isnin.

Menurutnya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian kepala dan kedua-dua belah lengan.

Tambahnya, bertindak atas maklumat, polis turut berjaya merampas sebilah kapak dan sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Jelasnya, semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!