Polis tahan lelaki kes serang wartawan sukan

Haresh
Haresh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian serangan terhadap wartawan sukan dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, di Bangsar di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di kediamannya di sebuah flat di Cheras, pada jam 2 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dilakukan bagi mengenal pasti motif,"katanya.

Pada Selasa, media melaporkan, Haresh diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya.

Menerusi akaun aplikasi X miliknya, Haresh memaklumkan diserang dua individu dengan salah seorang turut merakam video kejadian itu.

Susulan itu, Haresh tampil membuat laporan polis.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol di Bangsar
  • Lelaki tersebut, berusia 37 tahun, ditahan di kediamannya di Cheras
  • Ketua Polis Daerah Brickfields mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek dibenarkan reman selama tiga hari
  • Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti motif serangan tersebut
  • Haresh Deol melaporkan diserang oleh dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!