PRN Sabah: Kerajaan hormati mandat baharu, tuntutan rakyat Sabah - PM

Anwar Ibrahim. Foto Bernama
Anwar Ibrahim. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani menzahirkan penghormatan sepenuhnya terhadap mandat baharu yang diberikan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bagi pembentukan kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri berkata, keputusan itu jelas mencerminkan kehendak rakyat Sabah yang menuntut perubahan selepas sekian lama berdepan ketidakadilan dan pengabaian, baik daripada parti dari Semenanjung mahupun Sabah sendiri.

“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kami berusaha merungkai isu-isu yang diwarisi, termasuk tuntutan dan hak yang menyentuh kepentingan Sabah.

"Beberapa kemajuan nyata telah dicapai, khususnya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan, Kerajaan Madani akan terus konsisten meneruskan usaha pembaharuan demi mewujudkan sebuah Sabah yang adil, saksama, makmur dan tidak lagi dipinggirkan.

“Suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti kita junjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi,” katanya.

Keputusan rasmi PRN Sabah Ke-17 menyaksikan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi, sekali gus muncul sebagai parti dengan kerusi terbanyak.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua, awal pagi tadi. - Awani

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Kerajaan Madani menghormati mandat baharu kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah
  • Perdana Menteri menyatakan keputusan PRN mencerminkan kehendak rakyat Sabah untuk perubahan
  • Kerajaan telah berusaha menangani isu-isu berkaitan hak Sabah dalam tempoh tiga tahun
  • Kemajuan nyata berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 telah dicapai
  • Parti Gabungan Rakyat Sabah memenangi 29 kerusi dalam PRN Sabah Ke-17

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!