PRN Sabah: BN sedia kerjasama bentuk kerajaan

Ahmad Zahid berada di Command Centre Barisan Nasional (BN) bagi menunggu keputusan PRN Sabah ke-17. - Foto Bernama
Ahmad Zahid berada di Command Centre Barisan Nasional (BN) bagi menunggu keputusan PRN Sabah ke-17. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasama dengan parti sehaluan demi membentuk kerajaan Sabah. 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN.

Menurutnya, pihaknya menghormati dan menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang menyaksikan seramai 596 calon telah bertanding sebagai suatu manifestasi kesuburan demokrasi di negeri itu.

"Keputusan ini membuktikan bahawa BN masih mempunyai asas sokongan yang teguh dan terus menjadi salah satu blok politik penting dalam landskap politik Sabah.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa memberikan keutamaan kepada soal kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk sebuah kerajaan baharu untuk kestabilan politik negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyeru seluruh rakyat Sabah untuk mengekalkan keamanan, perpaduan dan rasa hormat terhadap proses demokrasi yang sedang berlangsung.

Menurutnya, perjalanan Sabah ke hadapan memerlukan iltizam semua pihak dan BN akan terus memainkan peranan yang konstruktif bagi memastikan negeri Sabah terus melangkah ke arah kemajuan serta kemakmuran.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan parti sehaluan untuk membentuk kerajaan Sabah
  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghargai pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BN
  • BN menghormati dan menerima keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17
  • BN dianggap sebagai blok politik penting dalam landskap politik Sabah
  • BN menyeru rakyat Sabah kekalkan keamanan dan perpaduan serta menghormati proses demokrasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!