PRN Sabah: Presiden UPKO turut hadir ke Istana Seri Kinabalu

Ewon Benedick (kanan) antara individu yang dilihat hadir ketika sesi mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah pada awal pagi Ahad.
Ewon Benedick (kanan) antara individu yang dilihat hadir ketika sesi mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah pada awal pagi Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick antara individu yang dilihat hadir ketika sesi mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu pada awal pagi Ahad.

Beliau kelihatan bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar.

Gambar berkenaan dimuat naik oleh Jamawi ke akaun Facebooknya pada Ahad.

Namun, masih belum ada pengesahan sama ada UPKO antara pihak yang memberi sokongan sehingga terbentuknya kerajaan Sabah awal pagi itu atau sebaliknya.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, mengangkat sumpah pada jam 3.10 pagi Ahad sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 selepas berjaya memperoleh sokongan majoriti.

Setakat ini, belum diketahui secara rasmi semua parti atau gabungan yang terlibat memberi sokongan tersebut.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick hadir sesi mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah
  • Bergambar bersama ADUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar
  • Gambar dimuat naik oleh Jamawi ke akaun Facebooknya
  • Belum ada pengesahan UPKO beri sokongan terbentuknya kerajaan Sabah
  • Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!