PRN Sabah: BN beri sokongan bentuk kerajaan negeri - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang telah bekerja keras dan bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke -17.

Dalam kenyataan ringkas yang dikongsi di akaun media sosial, Asyraf Wajdi turut nemaklumkan, Barisan Nasional (BN) telah memberikan sokongan untuk bersama membentuk kerajaan negeri Sabah.

Pada PRN17 yang berlangsung semalam, BN memenangi enam kerusi sementara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai gabungan terbesar pada pilihan raya kali ini dengan memperoleh 29 daripada 73 kerusi DUN.

Parti Warisan (Warisan) pula muncul sebagai pembangkang terbesar dengan 25 kerusi, Perikatan Nasional (PN) peroleh satu kerusi dan calon Bebas meraih lima kerusi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, sebagai sebuah parti yang sentiasa mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN sedia bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk kerajaan negeri baharu demi kestabilan politik Sabah. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Asyraf Wajdi mengucapkan terima kasih kepada jentera parti kerana kerja keras sepanjang PRN Sabah
  • BN menyokong pembentukan kerajaan negeri Sabah bersama
  • Dalam PRN17, BN memenangi enam kerusi
  • GRS memperoleh 29 kerusi, menjadi gabungan terbesar
  • Ahmad Zahid menyatakan kesediaan bekerjasama dengan parti lain demi kestabilan politik Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!