[RASMI] Calon Warisan tewaskan anak TYT di DUN Sindumin

Yusri memperoleh 5,086 undi, menewaskan Yamani Hafez yang meraih 4,724 undi. Foto Facebook Yusri Pungut
Yusri memperoleh 5,086 undi, menewaskan Yamani Hafez yang meraih 4,724 undi. Foto Facebook Yusri Pungut
A
A
A

KOTA KINABALU - Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Yamani Hafez Musa, tewas dalam cubaan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Ia selepas keputusan rasmi disiarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan kemenangan berpihak kepada calon Parti Warisan, Yusri Pungut.

Yusri memperoleh 5,086 undi, dengan majoriti 362 undi, menewaskan Yamani yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan II, yang meraih 4,724 undi.

Pada PRN Sabah ke-16, kerusi Sindumin dimenangi oleh Datuk Yusof Yacob yang ketika itu mewakili Parti Warisan, sebelum menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) - salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN kali ini menyaksikan persaingan sengit 10 penjuru di DUN Sindumin, melibatkan calon daripada pelbagai parti termasuk Parti Impian Sabah (PIS) diwakili Markus Buas; Parti Kebangsaan Sabah (PKS) oleh Kanafia Bujang; dan Moktar Matussin dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Turut bertanding ialah Dayang Nor Syafiqah Abdul Hamid (Perikatan Nasional), Sani Miasin (KDM), serta tiga calon Bebas. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Calon Pakatan Harapan, Datuk Yamani Hafez Musa, tewas dalam PRN Sabah ke-17 di kerusi DUN Sindumin
  • Kemenangan berpihak kepada calon Parti Warisan, Yusri Pungut
  • Yusri memperoleh 5,086 undi dengan majoriti 362 undi menewaskan Yamani
  • Pada PRN Sabah ke-16, kerusi Sindumin dimenangi oleh Datuk Yusof Yacob daripada Parti Warisan
  • PRN kali ini menyaksikan persaingan sengit 10 penjuru di DUN Sindumin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!