[TIDAK RASMI] Shafie Apdal menang di DUN Senallang

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu.
Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu.

Menurut keputusan tidak rasmi setakat jam 7.45 petang, beliau mengalahkan tiga pencabar lain, Datuk Marunda KK Ampong, 66, daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Mohd Lipai @ Samsu Sundalu, 56, mewakili Parti Impian Sabah (PIS) dan Abdul Majid Angkulan daripada Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA).

Pada PRN16 lalu, Mohd Shafie memperoleh 6,363 undi dengan majoriti 4,631 dalam saingan lima penjuru.

Manakala semasa penggal pertamanya, beliau meraih 7,754 undi dalam persaingan dua penjuru, mencatat majoriti selesa sebanyak 5,301 undi.

Selain itu, calon Warisan lain, Jamil Hamzah, turut mencatat kemenangan di DUN Bugaya.

Keputusan tidak rasmi juga menunjukkan Thien Ching Qiang dari WARISAN menang di DUN Tanjong Papat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengekalkan kerusi DUN Senallang dalam PRN Sabah
  • Beliau mengalahkan tiga pencabar termasuk dari Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Impian Sabah
  • Dalam PRN16, Mohd Shafie memperoleh 6,363 undi dengan majoriti 4,631
  • Pada penggal pertamanya, beliau meraih 7,754 undi dengan majoriti 5,301
  • Calon-calon Warisan lain juga mencatat kemenangan, termasuk di DUN Bugaya dan Tanjong Papat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!