[TIDAK RASMI] Penyokong bersorak, GRS mendahului di 29 kerusi

Skrin paparan memaparkan GRS mendahului 29 kerusi semasa di pekarangan kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada Sabtu.
Skrin paparan memaparkan GRS mendahului 29 kerusi semasa di pekarangan kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU – Suasana meriah tercetus apabila skrin paparan memaparkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului 29 kerusi semasa di pekarangan kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini.

Kelihatan penyokong GRS dan petugas media berkumpul di kawasan tersebut bagi menantikan keputusan awal, seterusnya keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setakat ini, GRS berada di kedudukan teratas meninggalkan parti-parti lain dengan Parti Warisan (Warisan) memperoleh 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN) sebanyak enam kerusi, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima setakat jam 10 malam ini.

Selain itu, Pakatan Harapan (PH) mendahului di dua kerusi iaitu DUN Sindumin dan Melalap, manakala Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) masing-masing memperoleh satu kerusi, masing-masing di DUN Kadamaian, Paginatan dan Tambunan.

Sementara itu, calon Bebas setakat ini mendahului di lima kerusi iaitu DUN Petagas, Kukusan, Tulid, Pintasan dan Bandau.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Suasana meriah tercetus di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya dengan skrin memaparkan GRS mendahului 29 kerusi
  • Penyokong GRS dan petugas media berkumpul menantikan keputusan awal PRN Sabah
  • GRS berada di kedudukan teratas dengan 29 kerusi, diikuti Warisan dengan 15 kerusi dan BN dengan enam kerusi
  • PH mendahului dua kerusi, UPKO, KDM dan STAR masing-masing memperoleh satu kerusi
  • Calon Bebas mendahului di lima kerusi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!