[TIDAK RASMI] DUN Usukan dimenangi Salleh Said Keruak

Salleh Said Keruak berjaya mempertahankan kerusi DUN Usukan buat penggal kedua.
Salleh Said Keruak berjaya mempertahankan kerusi DUN Usukan buat penggal kedua.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan buat penggal kedua.

Perkembangan tersebut turut menambah jumlah kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) setakat ini kepada empat berdasarkan keputusan tidak rasmi pada Sabtu.

PRN Sabah 2025 kali ini, kerusi DUN Usukan menyaksikan persaingan enam penjuru termasuk Ketua Wirawati Parti Warisan (Warisan), Isnaraissah Munirah Majilis.

Bendahari UMNO Sabah itu turut dicabar Jefris Muadis (PIS), Ajun Meliyon (Bebas), Datuk Japlin Akim@Abd Hamid (GRS), Mohd Lin Harun (STARSABAH).

Pada 2020, beliau memenangi kerusi DUN Usukan dengan majoriti 4,298 undi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempertahankan kerusi DUN Usukan untuk penggal kedua
  • Tambah jumlah kerusi dimenangi Barisan Nasional kepada empat
  • PRN Sabah 2025 menyaksikan persaingan enam penjuru di kerusi DUN Usukan
  • Dicabar oleh calon dari Parti Warisan, PIS, Bebas, GRS, dan STARSABAH
  • Pada 2020, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,298 undi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!