[TIDAK RASMI] PRN Sabah: Ronald Kiandee tewas lagi di DUN Sugut

Ronald Kiandee
Ronald Kiandee
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee kalah dalam pertandingan tujuh penjuru melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu.

Setakat jam 7 petang, Ronald memperoleh sebanyak 1,406 terpaksa akur kepada calon ‘heavyweight’ Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk James Ratib yang memperoleh 2,135 undi.

Calon Warisan yang diwakili Aspah Abdullah Sani memperoleh 559 undi manakala Mohammad Arifin Pachuk daripada BN pula mendapat 438 undi.

DUN Sugut merekodkan sebanyak pengundi 18,435 berdaftar.

Media melaporkan pertarungan di Sugut itu menandakan kemunculan semula Ronald selepas 35 tahun, apabila kali terakhir berentap di kerusi berkenaan pada 1990, namun tewas dalam pertembungan lima penjuru kepada calon Parti Bersatu Sabah, Jublee Zen.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee kalah dalam pertandingan tujuh penjuru di DUN Sugut
  • Datuk James Ratib dari GRS memenangi kerusi tersebut dengan 2,135 undi
  • Ronald mendapat sebanyak 1,406 undi
  • DUN Sugut memiliki 18,435 pengundi berdaftar
  • Pertandingan ini menandakan kemunculan semula Ronald selepas 35 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!