'Kita cukup jumlah bentuk kerajaan, PH sedang bincang bersama GRS' - Fuziah

Fuziah (kanan) mengadakan sidang media mengenai keputusan PRN Sabah ke-17 di Pusat Operasi Pakatan Harapan. - Foto Bernama
Fuziah (kanan) mengadakan sidang media mengenai keputusan PRN Sabah ke-17 di Pusat Operasi Pakatan Harapan. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - "Kita cukup jumlah bentuk kerajaan, PH (Pakatan Harapan) sedang bincang bersama GRS," demikian penjelasan Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau pada sidang media di Pusat Operasi PH itu berkata, buat masa ini perbincangan sedang dijalankan. 

"Ketika ini, Pengarah Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sedang berunding dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bagi memuktamadkan pembentukan kerajaan baharu.

"Insya-ALLAH kita cukup jumlah membentuk kerajaan, " katanya. 

Keputusan tidak rasmi PRN Sabah ke-17 setakat jam 10 malam menunjukkan GRS sedang mendahului apabila berjaya memenangi 29 kerusi DUN.

Sabah mempunyai sebanyak 73 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pakatan Harapan (PH) sedang bincang dengan GRS untuk membentuk kerajaan
  • Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh mengatakan perbincangan sedang dijalankan
  • Pembentukan kerajaan baharu dipimpin oleh Datuk Seri Amirudin Shari dari PKR dan Datuk Seri Hajiji Noor dari GRS
  • PH yakin cukup jumlah untuk membentuk kerajaan
  • GRS mendahului dengan 29 kerusi DUN pada keputusan tidak rasmi PRN Sabah ke-17

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!