[TIDAK RASMI] PH tumbang di Kapayan, GRS menang di Balung

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan sekali gus menumbangkan penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Jannie Lasimbang.
Dalam keputusan tidak rasmi setakat jam 7.40 malam, calon Warisan, Chin Tek Ming, mendahului dalam saingan 12 penjuru bagi kerusi berkenaan.
Sementara itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menambah satu lagi kerusi melalui kemenangan calon mereka, Syed Ahmad Syed, di DUN Balung yang menyaksikan pertembungan 11 penjuru.
Ringkasan AI
- Parti Warisan memenangi kerusi DUN Kapayan
- Menumbangkan penyandang daripada Pakatan Harapan, Datuk Jannie Lasimbang
- Chin Tek Ming dari Warisan mendahului dalam saingan 12 penjuru
- Gabungan Rakyat Sabah menambah satu lagi kerusi di DUN Balung
- Kemenangan di DUN Balung melalui calon mereka, Syed Ahmad Syed dalam saingan 11 penjuru
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
