[TIDAK RASMI] PRN Sabah: Bung Moktar pertahan DUN Lamag

Bung Moktar
Bung Moktar
A
A
A

KOTA KINABALU - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berdasarkan keputusan tidak rasmi jam 6.52 petang.

Ia adalah kemenangan pertama BN sejak pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang, Sabtu.

Pengerusi BN Sabah itu meraih 294 undi sekali gus berada di depan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Johainizamshah Johari yang menerima 239 undi.

Calon Bebas, Miha @ Mohd Ismail Ayob pula memperoleh 96 undi, diikuti Saifulah Lokman daripada Warisan yang mengutip 29 undi.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Mazlin Madali menerima enam undi dan calon Parti Impian Sabah (PIS), Salahuddin @ Salehuddin Anoi masih belum mencatat sebarang undi.

DUN Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar dengan 664 undi direkodkan setakat laporan ini dikeluarkan.

Bung Moktar yang merupakan penyandang kerusi itu berdepan saingan enam penjuru pada pilihan raya kali ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin, berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag
  • Ini merupakan kemenangan pertama BN sejak pusat pengundian ditutup
  • Bung Moktar meraih 294 undi, mengalahkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mendapat 239 undi
  • Calon Bebas dan calon dari Warisan serta Perikatan Nasional (PN) dan Parti Impian Sabah (PIS) menerima undi lebih rendah
  • DUN Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar dengan 664 undi direkodkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!