[TIDAK RASMI] Pandikar Amin dan isteri kalah di Pintasan, Sekong

KOTA KINABALU - Pasangan suami isteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan isteri, Puan Sri Diana Diego, masing-masing kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan dan Sekong.
Menerusi keputusan tidak rasmi, DUN Pintasan dimenangi Fairuz Renddan, yang bertanding atas tiket Bebas, manakala kerusi DUN Sekong dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zharif Aizat Samsudin.
Pada PRN16, DUN Pintasan dimenangi Fairuz yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Dalam saingan lima penjuru itu, beliau memperoleh 2,744 undi dengan majoriti tipis 84 undi.
Manakala kerusi DUN Sekong yang sebelum ini dimenangi Alias Sani (Warisan) yang berjaya mencatat 5,937 undi dengan majoriti 1,599.
Pada awal November lalu, landskap politik Sabah mencipta sejarah apabila kali pertama menyaksikan pasangan suami isteri dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Pandikar yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat dan isterinya, Diana Diego, masing-masing akan bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Setakat 10 malam, GRS mendahului 29 kerusi diikuti Warisan (18), BN (7), PH (2), Bebas (5).
Manakala Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan STAR, masing-masing satu kerusi. - Awani
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Puan Sri Diana Diego kalah di kerusi DUN Pintasan dan Sekong
- Kerusi DUN Pintasan dimenangi oleh Fairuz Renddan, calon Bebas
- Kerusi DUN Sekong dimenangi oleh Mohd Zharif Aizat Samsudin dari Barisan Nasional
- Fairuz memenangi DUN Pintasan dengan majoriti tipis 84 undi
- Landskap politik Sabah mencatat sejarah dengan penamaan pasangan suami isteri bertanding dalam PRN Sabah ke-17
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
