Sultan Johor kurnia sumbangan peralatan perubatan, keperluan di hospital

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli melawat pesakit dan beramah mesra dengan orang ramai di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru hari ini. - Foto Royal Press Office (RPO)
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli melawat pesakit dan beramah mesra dengan orang ramai di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru hari ini. - Foto Royal Press Office (RPO)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pelbagai peralatan perubatan dan keperluan bagi kegunaan hospital-hospital di seluruh negeri menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Sultan Ibrahim mengurniakan 19 unit ventilator untuk kegunaan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan 24 unit ventilator bagi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang termasuk 200 bantal dan cadar.

Turut disumbangkan tambahan 60 bantal dan cadar diberikan kepada Hospital Permai di Tampoi.

Selain itu, Sultan Ibrahim menyampaikan sumbangan berupa peralatan perlindungan diri serta Isolation Chamber kepada petugas perubatan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pelbagai peralatan perubatan dan keperluan bagi kegunaan hospital-hospital di seluruh negeri menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). - Foto Royal Press Office (RPO)

Penyumbang utama barangan ialah Johor Corporation, Ranhill-SAJ Sdn Bhd, Berjaya Corp Bhd, IWH Sdn Bhd, WTC Holdings Bhd, Tropicana Corp Bhd, BCB Bhd, Coronade Properties, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, YTL Corp Bhd, Southern Ads Sdn Bhd, Honest Sam Development Sdn Bhd, Mados Holdings, EquMed Sdn Bhd and Marche World (M) Sdn Bhd.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dermawan dan rakan yang tampil untuk membantu menyampaikan sumbangan kepada hospital-hospital di Johor bagi bersama-sama membendung wabak Covid-19.

"Pada keadaan masa sekarang, apa yang penting ialah kerjasama semua pihak bersama-sama membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) serta membantu memberikan sumbangan keperluan hospital bagi membolehkan rawatan diberikan kepada pesakit," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Artikel Berkaitan: