Cabaran memancing Kedah Surfcasting Challenge tawar hadiah RM71,900

Pantai Tanjung Dawai yang bakal menjadi lokasi pertandingan Sabtu ini. Gambar kecil: Mohd Salleh.
Pantai Tanjung Dawai yang bakal menjadi lokasi pertandingan Sabtu ini. Gambar kecil: Mohd Salleh.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Hadiah bernilai RM71,900 menanti pemenang pertandingan memancing Kedah Surfcasting Challenge di Pantai Tanjung Dawai di sini pada Sabtu ini.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management dengan kerjasama Pejabat Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah dan Shimano itu menawarkan hadiah wang tunai RM43,900 serta barangan memancing Shimano bernilai RM28,000.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM20,000, naib juara RM3,000 dan ketiga RM1,000.

Pemenang keempat akan menerima RM500, kelima RM400 manakala pemenang keenam hingga 100 pula masing-masing membawa pulang RM200.

Jurucakap pertandingan, Md Zali Kasran berkata penganjuran acara kali pertama di Kedah itu adalah sempena Rumah Terbuka Shimano yang bakal diadakan di Raia Hotel and Convention Centre serta satu daripada acara Tahun Melawat Kedah 2025.

Muhd Haired (dua dari kanan) mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Kedah Surfcasting Challenge di Sungai Petani.
Muhd Haired (dua dari kanan) mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Kedah Surfcasting Challenge di Sungai Petani.

“Rumah Terbuka Shimano akan mempamer dan menjual pelbagai peralatan memancing terkini jenama Shimano.

“Acara ini juga telah dimasukkan sebagai satu daripada acara sempena Tahun Melawat Kedah 2025 oleh Exco Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin.

Artikel Berkaitan:

“Ini berikutan program pelancongan di Kedah banyak diadakan di Langkawi, justeru apabila acara ini diusulkan kepada kerajaan negeri, maka ia diterima dengan hati terbuka oleh exco berkaitan.

“Acara ini akan membantu mempromosikan Tanjung Dawai sebagai destinasi pelancongan sekaligus memberi manfaat kepada penduduk dan peniaga di sekitar Tanjung Dawai,’’ katanya.

Bagi menyelaraskan acara ini, satu mesyuarat di peringkat daerah telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda yang dipengerusikan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan), Muhd Haired Mohkatar, baru-baru ini.

Turut hadir, Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Mohd Juwaidi Mahmood, Pegawai Khas Exco Pelancongan Kedah, Tuah @ Mohd Helmi Basir dan Md Zali.

“Yuran penyertaan hanya RM90 untuk satu joran. Kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan bermulajam 4 petang hingga 12 malam, Jumaat ini. Kaunter dibuka semula pada jam 6.30 pagi hingga pertandingan bermula,’’ katanya.

Pantai Tanjung Dawai terkenal sebagai tempat pendaratan ikan dan kaya dengan pelbagai jenis hasil laut, terutama ikan kering.

Terdapat pelbagai spesies ikan terutama duri, belukang dan semilang serta ikan pari juga pernah dinaikkan di sini.

 

 

Ringkasan AI

  • Hadiah bernilai RM71,900 menanti pemenang pertandingan memancing Kedah Surfcasting Challenge di Pantai Tanjung Dawai
  • Pertandingan ini diselaraskan bersama Wakjali Event Management, Pejabat Exco Pelancongan Kedah dan Shimano
  • Juara akan membawa pulang wang tunai RM20,000, naib juara RM3,000 dan ketiga RM1,000
  • Acara ini juga bagi mempromosikan Tanjung Dawai sebagai destinasi pelancongan dan memberi manfaat kepada penduduk setempat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!