Lelaki cedera ditetak individu tidak dikenali di Sungai Petani

Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera ditetak seorang lelaki tidak dikenali di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pada Ahad. Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera ditetak seorang lelaki tidak dikenali di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pada Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera pada kaki dan tangan akibat ditetak seorang lelaki tidak dikenali, dalam kejadian di Flat Paya Nahu dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan daripada orang awam pada 3.55 petang, memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

"Maklumat awal yang diterima memaklumkan bahawa berlaku pergaduhan dan ada mangsa yang cedera...siasatan kemudiannya mendapati mangsa mengunjungi rumah abangnya di kawasan perumahan terbabit pada 3 petang.

"Bagaimanapun ketika tiba di sana, kakak iparnya memaklumkan abangnya tiada di rumah lalu dia menunggu abangnya di bawah blok sebelum suspek tidak dikenali datang dan terus menetak mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat saksi di lokasi kejadian, suspek berusia lingkungan 20-an itu dikatakan dalam keadaan mabuk sejak awal pagi.

"Mangsa yang dipercayai ditetak dengan senjata tajam itu telah dihantar untuk rawatan di Zon Merah, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

"Suspek telah ditahan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok...siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera ditetak seorang lelaki tidak dikenali di Flat Paya Nahu
  • Pusat Kawalan Daerah Kuala Muda menerima panggilan tentang kejadian pada 3.55 petang
  • Mangsa mengunjungi rumah abangnya dan ditetak oleh suspek tidak dikenali ketika menunggu di bawah blok
  • Suspek berusia lingkungan 20-an dalam keadaan mabuk
  • Suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!