UDA Signature Dreams tawar hadiah RM250,000

UDA Holdings Berhad (UDA) melancarkan kempen hartanah, UDA Signature Dreams yang bukan sahaja membuka peluang memiliki rumah idaman di lokasi strategik tetapi menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM250,000 kepada pembeli bertuah.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Johari Shukri Jamil berkata, kempen itu yang berlangsung sehingga 31 Disember ini menawarkan hadiah utama berupa dua tiket menyaksikan Piala Dunia 2026 lengkap dengan tiket penerbangan dan penginapan bernilai sehingga RM150,000.

Ia juga menyediakan pelbagai peralatan rumah berjumlah RM100,000 yang menanti pemenang cabutan bertuah.
Menurutnya, usaha itu juga dijangka merancakkan pasaran hartanah dan meningkatkan keyakinan terhadap jenama UDA sebagai pemaju berwibawa yang sentiasa menawarkan nilai serta keistimewaan terbaik kepada pembeli.
“Sepanjang tempoh kempen, pembeli ditawarkan pelbagai insentif istimewa antaranya deposit rendah, pengecualian bayaran perjanjian jual beli (SPA), pengecualian duti setem dan pakej kelengkapan rumah, tertakluk kepada terma dan syarat projek,” katanya pada Majlis Pelancaran UDA Signature Dreams di Residensi 38 Bangsar pada Isnin.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pembangunan Hartanah, UDA Holdings Berhad, Azrudyn Rashid dan Ketua Pegawai Operasi, UDA Land Sdn Bhd, Zaiwati Othman.
Menerusi anak syarikatnya, UDA Land Sdn Bhd, syarikat tersebut menampilkan empat projek kediaman di lokasi tumpuan iaitu Dedaun Residensi di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Residensi 38 Bangsar, Legasi Kampong Bharu serta Residensi Akasia Raya di Kuala Lumpur.
Jelas Johari, pendekatan itu juga seiring dengan prinsip UDA iaitu ‘L.I.F.E.’ – Legasi (Legacy), Integrasi (Integrated), Ketelitian (Finesse) dan Memperkasa (Enrich) yang menjadi panduan setiap operasi perniagaan dalam memperkasa komuniti serta menyokong aspirasi pembangunan negara.

“Memiliki rumah bukan sekadar satu keputusan kewangan tetapi ia adalah tempat kehidupan bermula, keluarga membesar dan kenangan tercipta.
“Kempen ini begitu istimewa kepada kami kerana ia menjadikan impian memiliki rumah lebih mudah dicapai, khususnya untuk keluarga muda dan golongan profesional di bandar,” kata Johari Shukri.
Dalam majlis sama, UDA turut memeterai kerjasama strategik bersama syarikat reka bentuk dalaman, Nai BNB yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk dan penyiapan unit pameran rasmi di Residensi 38 Bangsar untuk tempoh dua tahun.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan hadiah cabutan bertuah Kempen Hartanah UDA 2024/2025 yang menyaksikan seorang pemenang membawa pulang Proton S70 1.5T Executive dan motosikal Modenas Elegan.
Orang ramai yang berminat untuk melihat kediaman yang disediakan boleh mengunjungi galeri jualan projek terlibat di Bandar Tun Hussein Onn dan Residensi 38 Bangsar.
Melangkah ke hadapan, UDA kini terus giat membangunkan pelbagai projek hartanah berdaya saing, moden serta mampu milik di kawasan pantai timur, utara, Johor dan Sarawak demi merealisasikan impian memiliki rumah idaman untuk semua.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.uda.com.my, Instagram (@uda_official) dan Facebook (UDA Holdings Berhad).
Ringkasan AI
- UDA Holdings Berhad melancarkan kempen hartanah UDA Signature Dreams yang menawarkan hadiah bernilai RM250,000
- Kempen ini berlangsung sehingga 31 Disember dan menawarkan hadiah utama dua tiket Piala Dunia 2026
- Pemenang cabutan bertuah bakal memenangi peralatan rumah berjumlah RM100,000
- Kempen bertujuan merancakkan pasaran hartanah dan meningkatkan keyakinan kepada jenama UDA
- Empat projek kediaman di lokasi strategik ditampilkan melalui anak syarikat, UDA Land Sdn Bhd
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

