PRABN keluarkan amaran banjir untuk Tumpat mulai Khamis

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat sehingga 25 November bagi beberapa daerah di Kelantan, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Foto Bernama
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat sehingga 25 November bagi beberapa daerah di Kelantan, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan 'Amaran Banjir' bagi beberapa kawasan di Tumpat, yang dijangka mengalami banjir bermula Khamis dan Jumaat ini.

PRABN dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan berdasarkan status paras air sungai yang diramal meningkat dan melebihi aras bahaya, banjir berkemungkinan berlaku di tiga lokasi dalam jajahan berkenaan.

"Antara kawasan berisiko ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Kelantan meliputi Padang Rokma, Beach Temalang dan Chenderong Batu.

"Turut dijangka terjejas ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Golok di Kampung Kok Kebit dan Taman Sri Bayu,” menurut kenyataan PRABN.

Seterusnya, banjir dijangka berlaku di beberapa kampung rendah sekitar Sungai Golok termasuk Kampung Pak Keral, Kampung Kok Bedullah, Kampung Nechang, Kampung Pauh Sebanjar, Kampung Neting, Kampung Tujuh, Kubang Sawa, Kajang Sebidang, Telok Jering, Naga Ibu, Pisau Raut, Bendang Pak Yong dan Simpangan.

Sehubungan itu, PRABN dalam kenyataan itu menasihatkan semua penduduk di kawasan terbabit supaya berwaspada, mengikuti arahan agensi pengurusan bencana dan mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang PublicInfoBanjir serta Facebook @PublicInfoBanjir. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara mengeluarkan Amaran Banjir untuk beberapa kawasan di Tumpat
  • Banjir dijangka bermula Khamis dan Jumaat ini
  • Kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Kelantan dan Sungai Golok berisiko
  • Kampung-kampung rendah sekitar Sungai Golok termasuk Kampung Pak Keral dan Kampung Kok Bedullah terancam banjir
  • Penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan berwaspada dan mengikuti arahan agensi pengurusan bencana

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!