Pelajar UMK Kampus Kota dipindahkan jika cuaca semakin buruk - UMK

Pelajar bertugas menghantar bekalan makanan kepada mereka yang berada di kolej UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Kota Bharu pada Ahad. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Pelajar bertugas menghantar bekalan makanan kepada mereka yang berada di kolej UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Kota Bharu pada Ahad. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

KOTA BHARU – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Taman Bendahara di sini bersiap sedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Fakulti Veterinar yang terletak lima kilometer dari kampus sekiranya cuaca semakin buruk.

Naib Canselor UMK, Datuk Dr Arham Abdullah berkata, dua bilik gerakan telah diaktifkan dan pemantauan sentiasa dijalankan terhadap semua pelajar.

Keadaan banjir di UMK Kampus Kota, Taman Bendahara, Kota Bharu lebih teruk berbanding tahun lepas. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Keadaan banjir di UMK Kampus Kota, Taman Bendahara, Kota Bharu lebih teruk berbanding tahun lepas. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

“Ibu bapa tidak perlu risau, kami sentiasa memantau keadaan pelajar. Mereka yang ditempatkan di tingkat atas kolej telah diingatkan supaya tidak turun.

"Kami telah menyediakan makanan dan minuman dari pagi, petang hingga malam,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke UMK Kampus Kota di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kesemua pelajar baru sahaja pulang dari cuti semester pada Sabtu.

Kesemua pelajar UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Kota Bharu bersiap sedia untuk dipindahkan ke PPS Fakulti Veterinar. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Kesemua pelajar UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Kota Bharu bersiap sedia untuk dipindahkan ke PPS Fakulti Veterinar. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, keadaan banjir di UMK Kampus Kota kali ini lebih teruk berbanding tahun lalu disebabkan taburan hujan yang tinggi.

Arham turut memaklumkan bahawa UMK Jeli dan Bachok tidak terjejas akibat banjir.

“Pensyarah yang terlibat dengan banjir dibenarkan bekerja dari rumah,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Pelajar UMK Kampus Kota bersiap sedia dipindahkan ke PPS jika cuaca buruk
  • Naib Canselor UMK, Datuk Dr. Arham Abdullah menyatakan bahawa keselamatan pelajar sentiasa dipantau
  • Pelajar ditempatkan di tingkat atas tidak dibenarkan turun dan disediakan makanan sepanjang hari
  • Keadaan banjir di UMK Kampus Kota adalah lebih teruk berbanding tahun lalu
  • UMK Jeli dan Bachok tidak terjejas banjir, pensyarah terlibat banjir boleh bekerja dari rumah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!