APM Kelantan redah banjir bantu uruskan jenazah

KOTA BHARU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berdepan kesukaran semasa membantu menguruskan pengebumian jenazah di Beris Arab, Kampung Senang di sini apabila laluan digenangi air setinggi 0.6 meter pada Ahad.
Timbalan Pengarah APM Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.34 pagi sebelum tujuh anggotanya bersama sebuah lori digerakkan ke lokasi.
Menurut beliau, jenazah dibawa dari Masjid Haji Omar ke Kubur Beris Arab dengan jarak kira-kira dua kilometer, namun operasi berdepan kesukaran apabila laluan digenangi air yang dalam.
“Anggota APM membantu menyediakan khidmat kenderaan dan mengurus proses pengkebumian bagi memastikan perjalanan jenazah berjalan lancar walaupun keadaan banjir menyukarkan,” katanya kepada pemberita.
Ujar beliau, proses pengangkutan jenazah bermula pada jam 11 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.
Beliau berkata, jenazah selamat dikebumikan tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Ringkasan AI
- APM Kelantan berdepan kesukaran mengurus pengebumian di Beris Arab kerana laluan digenangi air
- Panggilan kecemasan diterima jam 10.34 pagi dan tujuh anggota APM bersama lori dikerahkan
- Jenazah dibawa dari Masjid Haji Omar ke Kubur Beris Arab, jarak dua kilometer, laluan digenangi air
- Anggota APM menyediakan khidmat kenderaan dan mengurus pengkebumian di bawah keadaan banjir
- Proses pengangkutan jenazah bermula jam 11 pagi dan selesai sepenuhnya jam 12 tengah hari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

