UMK Kampus Kota lumpuh

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kali ini lebih buruk berbanding tahun lepas.
Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kali ini lebih buruk berbanding tahun lepas.
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Taman Bendahara di sini lumpuh sejak Sabtu selepas ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati aktiviti perniagaan di kawasan terbabit ditutup serta kesemua 535 pelajar terpaksa mengikuti pengajian dalam talian bermula Ahad.

UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Kota Bharu lumpuh sejak Sabtu selepas ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter.
UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Kota Bharu lumpuh sejak Sabtu selepas ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter.

Lapan daripada mereka dipindahkan ke rumah sewa berhampiran dengan kampus, manakala selebihnya ditempatkan di tingkat atas kolej tersebut.

Naib Canselor UMK, Datuk Dr Arham Abdullah berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kali ini lebih buruk berbanding tahun lepas.

 Arham
Arham

"Di sini sudah menjadi trend banjir disebabkan hujan. Ini kerana di kawasan Taman Bendara, UMK Kampus Kota berada pada kedudukan paling rendah.

Artikel Berkaitan:

"Lima pam telah disediakan oleh JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) serta berfungsi dengan baik namun disebabkan kuantiti hujan yang banyak menyebabkan kawasan ini masih dinaiki air," katanya pada sidang media semasa mengadakan lawatan ke UMK Kampus Kota di sini.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa bersedia dan telah mengaktifkan bilik gerakan banjir sejak Sabtu bagi memantau keadaan pelajar.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan ditutup.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan ditutup.

Terdahulu, lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, setakat jam 11 pagi Ahad, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Ringkasan AI

  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota dilanda banjir akibat hujan lebat
  • Aktiviti perniagaan di kawasan kampus ditutup dan 535 pelajar beralih ke pengajian dalam talian
  • Lapan pelajar dipindahkan ke rumah sewa dan selebihnya ditempatkan di tingkat atas kolej
  • Naib Canselor menyatakan banjir tahun ini lebih teruk berbanding tahun lepas disebabkan hujan lebat berterusan
  • Lima pam disediakan oleh JPS berfungsi baik namun kawasan masih banjir kerana kuantiti hujan yang banyak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!