Jumlah mangsa banjir di enam negeri melonjak kepada 8,282

Penduduk dan kenderaan terjejas susulan air naik di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, akibat hujan lebat berterusan. Foto Bernama
Penduduk dan kenderaan terjejas susulan air naik di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, akibat hujan lebat berterusan. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara melonjak kepada 8,282 orang di enam negeri dengan Kelantan terus mencatatkan bilangan tertinggi mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6.20 petang Ahad.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu membabitkan 2,955 keluarga yang ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) dan ia meningkat berbanding 5,053 pada jam 1.40 tengah hari.

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa seramai 7,499 orang daripada 2,723 keluarga yang berpindah ke 31 PPS di empat daerah.

Empat daerah membabitkan Tumpat (4,170 mangsa), Bachok (1,403), Kota Bharu (1,866) dan Pasir Puteh (113).

Bagaimanapun, mangsa banjir di Terengganu berkurang kepada 342 orang daripada 102 keluarga yang berlindung di dua PPS di Besut berbanding 548 orang yang direkodkan pada tengah hari.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 236 orang daripada 82 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Kulim.

Seramai 115 mangsa daripada 28 keluarga di Pulau Pinang pula direkodkan berpindah ke dua PPS di Seberang Perai Utara.

Sementara itu, Perlis mencatatkan perpindahan seramai 77 mangsa dariapda 25 keluarga di empat PPS di Padang Besar.

Sarawak pula menjadi negeri terbaharu dilanda banjir selepas seramai 44 mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan di satu PPS di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di seluruh negara melonjak kepada 8,282 orang di enam negeri
  • Kelantan mencatatkan bilangan tertinggi mangsa yang dipindahkan dengan 7,499 orang
  • Mangsa banjir di Terengganu berkurang kepada 342 orang
  • Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 236 orang
  • Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan 44 mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!