JPN Daerah Bachok, Tumpat tutup operasi akibat banjir

KOTA BHARU - Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bachok dan Tumpat terpaksa menutup operasinya pada Ahad.
Tindakan itu susulan rumah kakitangan agensi itu ditenggelami banjir menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugas.
Pengarah Jabatan Pendaftaran negeri, Halimatusaadiah Ramli berkata, operasi di kedua-dua pejabat itu ditutup pada Ahad sahaja.
"Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, operasi di kedua-dua pejabat itu terpaksa ditutup selepas laluan masuk ke pejabat tersebut turut dinaiki air.
Halimatusaadiah berkata, orang ramai diminta mengunjungi Pejabat JPN berdekatan atau menghubungi talian 09-7441717 atau 09-7482793.
Ringkasan AI
- Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bachok dan Tumpat tutup pada Ahad
- Rumah kakitangan agensi terlibat dalam banjir menyebabkan mereka tidak dapat bekerja
- Operasi di kedua pejabat itu ditutup pada Ahad sahaja
- Laluan masuk ke pejabat turut dinaiki air menyebabkan penutupan
- Orang ramai diminta pergi ke Pejabat JPN berdekatan atau menghubungi talian yang disediakan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

