Banjir di Kelantan makin buruk, mangsa meningkat 5,958 orang

Operasi menyelamatkan mangsa banjir sedang giat dijalankan di Kampung Sering, Kota Bharu pada Ahad. Foto APM
Operasi menyelamatkan mangsa banjir sedang giat dijalankan di Kampung Sering, Kota Bharu pada Ahad. Foto APM
A
A
A

KOTA BHARU - Hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu menyebabkan keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila mangsa meningkat kepada 5,958 orang pada Ahad.

Menurut InfoBencana JKM, setakat jam 4 petang, sebanyak 26 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

"Tumpat merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 3,265 orang, Kota Bharu (1,430), Bachok (1,189), dan Pasir Puteh (74)," katanya.

Hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu menyebabkan keadaan banjir di Kelantan semakin buruk. Foto APM
Hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu menyebabkan keadaan banjir di Kelantan semakin buruk. Foto APM

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan bahawa hujan lebat peringkat buruk dijangka berterusan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga Selasa.

MetMalaysia turut menjangkakan hujan berterusan peringkat waspada di Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga Rabu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 5,958 orang pada Ahad
  • Sebanyak 26 pusat pemindahan sementara dibuka di empat daerah yaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh
  • Tumpat merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 3,265 orang
  • Hujan lebat peringkat buruk diperkirakan berterusan di beberapa daerah termasuk Tumpat dan Kota Bharu sehingga Selasa
  • Hujan berterusan peringkat waspada di beberapa daerah lain seperti Jeli dan Gua Musang dijangka berlanjutan sehingga Rabu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!