Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama

Lim Hui Ying. Foto Bernama
Lim Hui Ying. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2025 dan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa. 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.

RUU Kewangan 2025 yang dicadangkan ini bertujuan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169), Akta Setem 1949 (Akta 378), Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445) dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (Akta 543).

RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 bertujuan mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah pelaksanaan pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169), Akta Setem 1949 (Akta 378), Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445) dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (Akta 543).

Kedua-dua RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2025 dan RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 dibentangkan di Dewan Rakyat
  • Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying membentangkan RUU itu
  • RUU Kewangan 2025 bertujuan meminda beberapa Akta Cukai termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967
  • RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan bertujuan menyediakan peruntukan bagi pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai
  • Kedua-dua RUU ini tidak akan menyebabkan kerajaan menanggung perbelanjaan wang tambahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!