Hamzah, Muhyiddin tidak hadir di Parlimen

Tangkap layar siaran langsung Dewan Rakyat, yang menunjukkan Muhyiddin dan Hamzah tidak hadir dalam persidangan yang berlangsung pada Isnin.
Tangkap layar siaran langsung Dewan Rakyat, yang menunjukkan Muhyiddin dan Hamzah tidak hadir dalam persidangan yang berlangsung pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir dalam sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin.

Difahamkan Hamzah kini berada di luar negara bagi menguruskan pelajaran anaknya dan sudah memaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Sementara Muhyiddin pula berada di Mahkamah Persekutuan Putrajaya sejak pagi Isnin berhubung pendengaran keputusan mengenai kes hasutan bekas Perdana Menteri itu sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undang Negeri Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu pada Ogos 2024.

Kes tersebut berkait dakwaan bahawa beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 ahli Parlimen.

Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini sedang berdepan dengan krisis kepimpinan melibatkan kedua-dua tokoh tersebut.

Hamzah yang merupakan Timbalan Presiden Bersatu didakwa bakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.

Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua, bertarikh 6 Februari dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, empat aduan disiplin secara bertulis telah dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu.

Notis berkenaan turut menyatakan kegagalan menghadiri sesi tersebut membolehkan lembaga disiplin membuat keputusan tanpa rujukan lanjut, dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Pada malam Ahad, Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara yang hadir dalam perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin
  • Hamzah berada di luar negara untuk menguruskan pelajaran anaknya
  • Muhyiddin di Mahkamah Persekutuan Putrajaya berhubung pendengaran keputusan mengenai kes hasutan
  • Perikatan Nasional sedang berdepan dengan krisis kepimpinan melibatkan kedua-dua tokoh tersebut
  • Hamzah didakwa bakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu berkaitan kekecohan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dan serangan terhadap Muhyiddin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!