Pemain bola sepak patah tulang kaki terkena serpihan besi di LPT2

Muhammad Irfan menunjukkan gambar serpihan besi yang terkena pada kakinya dalam kejadian pada 24 Oktober lalu. FOTO: Facebook ADUN Buluh Gading, Ridzuan Hashim
Muhammad Irfan menunjukkan gambar serpihan besi yang terkena pada kakinya dalam kejadian pada 24 Oktober lalu. FOTO: Facebook ADUN Buluh Gading, Ridzuan Hashim
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pemain bola sepak patah tulang kaki selepas terkena serpihan besi ketika menunggang motosikal di Kilometer (km) 375, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil, Hulu Terengganu.

Mangsa, pemain bola sepak kelab Tanjung Sabtu FC,  Muhammad Irfan Ikhram Muhamad Rosli, 19, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika dalam perjalanan pulang dari Cherating menuju ke rumahnya di Kampung Tanjung Sabtu, Manir di sini pada 24 Oktober lalu.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian yang agak gelap dan berbukit, dia tiba-tiba terasa sesuatu mengenai betis kirinya sebelum segera memberhentian motosikal.

"Masa tu sedar-sedar je rasa sakit sangat di bahagian kaki. Bila tengok, betis dah berdarah.

"Mujur masa tu ada kawan-kawan yang konvoi motosikal bersama berhenti dan segera hubungi ambulan dan saya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Serpihan besi yang mengenai kaki Muhammad Irfan menyebabkan tulangnya patah dalam kejadian di Kilometer (km) 375, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil, Hulu Terengganu
Serpihan besi yang mengenai kaki Muhammad Irfan menyebabkan tulangnya patah dalam kejadian di Kilometer (km) 375, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil, Hulu Terengganu

Muhammad Irfan berkata, insiden itu berlaku di kawasan gelap, tiada lampu jalan dan sering menjadi lokasi kemalangan.

"Saya sendiri tak pasti besi tu datang dari mana sebab keadaan gelap. Mungkin juga ia tiba-tiba terpelanting menembusi motosikal dan terus terkena betis saya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya lagi, doktor mengesahkan tulang pada bahagian kakinya patah dan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

"Doktor sahkan tulang betis saya patah dua, tapi tak perlu masuk besi sebab tulang boleh bercantum semula.

"Sekarang saya masih belum boleh berjalan sebab masih rasa sakit. Mungkin lama lagi baru saya boleh bangun berjalan.

"Saya harap kecederaan ini dapat pulih dengan baik dan saya dapat bermain bola seperti biasa," ujarnya.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim meluangkan masa menziarahi Muhammad Irfan di kediamannya di Kampung Tanjung Sabtu.

Ridzuan (tengah) menziarahi Muhammad Irfan di kediamannya di Kampung Tanjung Sabtu. FOTO: Facebook Ridzuan Hashim.
Ridzuan (tengah) menziarahi Muhammad Irfan di kediamannya di Kampung Tanjung Sabtu. FOTO: Facebook Ridzuan Hashim.

 

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki patah tulang kaki selepas terkena serpihan besi ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu
  • Muhammad Irfan Ikhram Muhamad Rosli, 19, dalam perjalanan pulang dari Cherating ke Kampung Tanjung Sabtu, Manir ketika insiden pada 24 Oktober
  • Pada malam tersebut, di lokasi gelap dan berbukit, dia terasa sesuatu mengenai betis kiri sebelum berhenti dan mendapati betis berdarah
  • Doktor mengesahkan tulang betisnya patah dua tetapi tidak memerlukan pemasangan besi kerana tulang dapat bercantum semula
  • Muhammad Irfan berharap dapat pulih sepenuhnya dan kembali bermain bola seperti biasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!