'Rom belajar bina kapal daripada orang Melayu' - Profesor Dr Solehah

Tangkap layar video syarahan Solehah di saluran Youtube pada Rabu.
Tangkap layar video syarahan Solehah di saluran Youtube pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Teknik pembinaan kapal tamadun Rom zaman dahulu dipercayai dipelajari daripada pelaut Melayu, dakwa Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Solehah Yaacob.

Ujar Solehah, kepakaran orang Melayu dalam bidang maritim dan pembinaan kapal telah bermula sejak era kerajaan Funan dan berkembang pesat di Alam Melayu, sebelum mempengaruhi tamadun luar termasuk Rom kuno.

Menurutnya, pengaruh Fenisia turut mendorong kepada perkembangan teknologi maritim nusantara, terutama dari segi kemahiran pembinaan kapal.

“Orang Rom belajar daripada orang Melayu macam mana cara hendak membuat kapal. Orang Melayu pula belajarnya daripada Fenisia.

“Tok nenek kita (mempunyai) kapal yang besar, beratus-ratus bahtera sehingga ditulis dalam artikel.

“Banyak lagi artikel yang ada dengan saya tetapi tidak boleh tunjukkan semuanya,” katanya menerusi perkongsian video syarahan di saluran Youtube pada Rabu.

Tangkap layar video syarahan Solehah di saluran Youtube pada Rabu.
Tangkap layar video syarahan Solehah di saluran Youtube pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan sebuah bangkai kapal dipercayai dari abad ke-13 di Pulau Melaka pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan:

Penemuan rangka kapal kayu gergasi berusia antara 800 hingga 900 tahun itu disahkan antara kapal tertua pernah ditemui di Malaysia, sekali gus mencatat sejarah dunia arkeologi negara ini.

Penemuan luar biasa tersebut hasil ekskavasi Jabatan Warisan Negara (JWM) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kapal milik golongan bangsawan berkenaan dipercayai yang berusia antara 1,200 hingga 1,300 tahun, jauh lebih awal daripada sejarah rasmi Melaka yang bermula sekitar tahun 1262 atau abad ke-13.

Kata Solehah, kemahiran maritim orang Melayu perlu diangkat dan dibanggakan kerana ia mencerminkan kehebatan bangsa tersebut pada zaman dahulu.

Ujar beliau, orang Melayu juga didakwa mampu memiliki banyak kapal kerana mempunyai sumber bahan bernilai termasuk emas.

“Apa yang disebut dalam artikel ini juga, tok nenek kita dulunya kaya kerana kita ada emas.

“(Negara) kita ada emas, besi, batu permata dan biji timah, tetapi anak negeri kita tidak tahu. Orang luar pula datang ke tempat kita untuk ambil,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Teknik pembinaan kapal Rom kuno dipelajari daripada pelaut Melayu
  • Kepakaran maritim orang Melayu bermula sejak era kerajaan Funan dan mempengaruhi tamadun luar
  • Orang Melayu belajar kemahiran pembinaan kapal dari Fenisia
  • Penemuan bangkai kapal berusia antara 800 hingga 900 tahun di Pulau Melaka menunjukkan kecanggihan maritim Melayu
  • Kemahiran maritim dan kepemilikan banyak kapal oleh orang Melayu disebabkan sumber bernilai seperti emas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!