Konstabel polis dipenjara 5 tahun, satu sebatan miliki senjata berbahaya

Seorang anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin kerana memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran. Foto hiasan
Seorang anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin kerana memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran. Foto hiasan
A
A
A

KUCHING - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hastree Mohamad, 36, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki sebilah parang tanpa alasan munasabah sewaktu pemeriksaan polis di parkir kereta berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 29 September lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun tidak melebihi 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Mutalib Muhammad Shariff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, Mohd Hastree turut dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Majistret Ling Hui Chuan selepas mengaku bersalah tidak hadir bertugas sebagai anggota polis tanpa sebab munasabah selama lima bulan, dari 14 Mei hingga 29 September lepas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 86 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang anggota polis berpangkat konstabel dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan kerana memiliki parang tanpa kebenaran
  • Hakim Mahkamah Sesyen Kuching menjatuhkan hukuman setelah tertuduh mengaku bersalah
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958
  • Tertuduh juga dikenakan hukuman penjara dua minggu kerana tidak hadir bertugas sebagai anggota polis selama lima bulan
  • Pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya manakala tertuduh tidak diwakili peguam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!