Dua lelaki dicekup lakukan perbuatan tak bermoral dalam kereta

Suspek masing-masing berusia 29 dan 24 tahun ditahan polis mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
Suspek masing-masing berusia 29 dan 24 tahun ditahan polis mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kegiatan tidak bermoral dilakukan dua lelaki terbongkar apabila ditahan dalam sebuah kereta di Jalan Taman Intan Baiduri di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tangkapan dibuat selepas anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Zon Sri Murni.

"Anggota polis yang menjalankan rondaan kira-kira jam 2 pagi itu mengesan sebuah kenderaan jenis Proton X50 dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat dua lelaki berada di dalam kenderaan berkenaan sedang melakukan perbuatan seks oral dan berkelakuan tidak senonoh," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu menemui satu gumpalan tisu berwarna putih dipercayai mengandungi cecair di bahagian lantai tempat duduk penumpang belakang.

"Semakan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Susulan itu, kedua-dua lelaki terbabit ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai jurujual telefon mengaku melakukan perbuatan seks oral terhadap rakannya yang berusia 24 tahun yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya.

"Kedua-dua suspek telah direman selama tiga hari bermula 30 Januari hingga 1 Februari bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan," katanya.

Ringkasan AI

  • Kegiatan tidak bermoral dilakukan dua lelaki terbongkar apabila ditahan dalam sebuah kereta di Jalan Taman Intan Baiduri, Kuala Lumpur
  • Tangkapan dibuat selepas anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah
  • Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat dua lelaki berada di dalam kenderaan sedang melakukan perbuatan seks oral
  • Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui satu gumpalan tisu berwarna putih dipercayai mengandungi cecair
  • Kedua-dua suspek telah direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!