'Suami ditembak sampai habis peluru'

Detik ngeri menyelubungi seorang isteri sarat mengandung apabila suaminya, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak 18 das hingga rebah dalam pangkuannya dalam serangan kejam di rumah mereka di Sungai Golok.
Detik ngeri menyelubungi seorang isteri sarat mengandung apabila suaminya, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak 18 das hingga rebah dalam pangkuannya dalam serangan kejam di rumah mereka di Sungai Golok.
A
A
A

PASIR MAS – Detik ngeri menyelubungi seorang isteri sarat mengandung apabila suaminya, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak 18 das hingga rebah dalam pangkuannya dalam serangan kejam di rumah mereka di Sungai Golok, Thailand, petang Sabtu.

Arwah yang sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) tidak sempat menyelamatkan diri apabila dua lelaki dipercayai sepupunya sendiri muncul dari arah belakang sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi sehingga habis peluru, meninggalkannya nazak sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Golok kira-kira jam 9 malam.

Wan Fatihah Mat Hussin, 35, berkata, kejadian kira-kira jam 6.40 petang waktu Thailand itu berlaku begitu pantas dan dia hanya mampu mendapatkan suami serta memeluknya selepas lelaki itu rebah ditembusi peluru.

Ahli keluarga terdekat mengiringi jenazah Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Apam hari ini.
Mohd Fuad Fahmie maut ditembak individu dikenali di rumahnya di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.
Ahli keluarga terdekat mengiringi jenazah Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Apam hari ini. Mohd Fuad Fahmie maut ditembak individu dikenali di rumahnya di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.

“Dua suspek itu datang dari arah belakang dan menembak suami menggunakan masing-masing dua pistol.

“Tembakan demi tembakan dilepaskan ke arah suami. Saya berlari ke arah suami dan sempat memeluknya selepas rebah.

“Selepas itu kedua-dua lelaki itu masih melepaskan tembakan sehingga habis peluru. Kemudian mereka berjalan pergi.

“Saya menjerit meminta tolong orang sekeliling,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Menurut Wan Fatihah, suaminya ditembak pada bahagian tubuh, leher dan beberapa bahagian lain, dan jumlah 18 das tembakan disahkan selepas selesai urusan bedah siasat.

Jenazah Mohd Fuad Fahmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Apam pada jam 2.30 petang Ahad. Wan Fatihah kelihatan tidak dapat menahan kesedihan sepanjang proses pengebumian dan beberapa kali mengusap kandungannya yang dijangka lahir pada 10 Disember ini, tarikh sama ulang tahun kelahiran suaminya.

Difahamkan Wan Fatihah akan menjalani tempoh idah serta melahirkan bayi di rumah ibu mentuanya.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah ibu arwah, Zaiton Abdul Rahman, 64, ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Terdahulu, Polis Narathiwat mengesahkan seorang rakyat Malaysia parah ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok pada Sabtu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam kenyataan awal, jurucakap polis Narathiwat berkata siasatan awal mendapati kes dipercayai berpunca daripada masalah hutang hasil temu bual dengan saksi berhampiran lokasi kejadian.

“Mangsa merupakan warganegara Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di kawasan perbandaran ini.

“Suspek pula seorang lelaki rakyat tempatan disyaki menyerang mangsa menggunakan pistol 9 milimeter (mm). Selepas menembak mangsa, suspek melarikan diri,” katanya.

Katanya, identiti suspek telah dikenal pasti dan gerakan memburunya sedang dijalankan.

Ringkasan AI

  • PASIR MAS - Detik ngeri menimpa isteri sarat mengandung apabila suaminya, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak 18 das di rumah mereka di Sungai Golok, Thailand
  • Arwah sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) ditembak oleh dua lelaki dipercayai sepupunya dari belakang sehingga meninggal
  • Wan Fatihah Mat Hussin menyaksikan suaminya ditembak dan hanya sempat memeluknya setelah rebah
  • Mohd Fuad Fahmie memiliki 18 luka tembak di tubuhnya, disahkan mati setelah bedah siasat dan telah dikebumikan di Kampung Apam
  • Siasatan awal polis menduga kes berpunca dari masalah hutang, suspek telah dikenal pasti dan sedang diburu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!