Rakyat Malaysia mati ditembak di Golok, PGA perketat kawalan sempadan

Briged Tenggara PGA memperketatkan kawalan di sempadan susulan insiden rakyat Malaysia mati ditembak di Golok, Thailand pada Sabtu.
Briged Tenggara PGA memperketatkan kawalan di sempadan susulan insiden rakyat Malaysia mati ditembak di Golok, Thailand pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketatkan kawalan di sempadan susulan insiden seorang rakyat Malaysia mati ditembak di Golok, Thailand pada Sabtu.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, pemeriksaan di sekatan jalan raya turut diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya telah mengarahkan pegawai dan anggota yang bertugas di sempadan untuk berbuat demikian susulan kejadian tembakan yang mengorbankan rakyat Malaysia di Golok,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Markas Kompeni Taktikal (Martek) Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.

Menurut ibunya, Zaiton Abdul Rahman, 64, beliau dimaklumkan tentang kematian anaknya itu oleh menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, kira-kira jam 9 malam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am memperketatkan kawalan di sempadan susulan insiden seorang rakyat Malaysia mati ditembak di Golok, Thailand
  • Pemeriksaan di sekatan jalan raya turut diperketatkan
  • Arahan diberikan untuk menguatkuasakan kawalan susulan kejadian tembakan yang mengorbankan rakyat Malaysia
  • Seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, mati ditembak di Sungai Golok, Thailand
  • Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok setelah ditembak sebanyak lapan kali

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!