'Suspek tak puas hati dengan arwah, pernah beri tembakan amaran'

Menurut Zaiton, dakwaan kononnya anaknya mempunyai masalah hutang dengan suspek adalah tidak benar.
Menurut Zaiton, dakwaan kononnya anaknya mempunyai masalah hutang dengan suspek adalah tidak benar.
A
A
A

PASIR MAS – “Arwah pernah bercerita mengenai suspek sebelum ini yang tidak puas hati terhadapnya,” demikian luahan Zaiton Abdul Rahman, 64, ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut selepas ditembak di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu.

Menurut Zaiton, dakwaan kononnya anaknya mempunyai masalah hutang dengan suspek adalah tidak benar. Katanya, Mohd Fuad Fahmie tidak pernah berhutang dengan sesiapa seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Ada yang mengaitkan masalah hutang, namun anak saya tidak berhutang. Arwah pernah bercerita mengenai suspek sebelum ini yang tidak puas hati terhadapnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kepas Apam, di sini pada Ahad.

Zaiton memberitahu, individu yang menyerang anaknya memang dikenali anak dan menantunya.
Zaiton memberitahu, individu yang menyerang anaknya memang dikenali anak dan menantunya.

Zaiton berkata, individu yang menyerang anaknya itu sememangnya dikenal pasti oleh arwah dan juga menantunya.

Kejadian dipercayai berlaku di kediaman Mohd Fuad Fahmie di Sungai Golok apabila suspek datang menyerang sebelum melepaskan tembakan.

“Beberapa bulan lalu, kediaman dia (anak) sudah diberi tembakan amaran dipercayai dilakukan individu sama kerana tidak berpuas hati dengan anak saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie yang berasal dari Kampung Kepas Apam, meninggal dunia kira-kira jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas terkena lapan das tembakan.

Menurut Zaiton, dia menerima khabar duka itu daripada menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, sekitar jam 9 malam.

Ringkasan AI

  • Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali mati ditembak di Golok, Thailand
  • Ibunya, Zaiton Abdul Rahman, menyatakan anaknya tidak berhutang dengan suspek
  • Suspek dikenali oleh Mohd Fuad Fahmie dan menantunya
  • Kejadian berlaku di rumah mangsa apabila suspek menyerang dan melepaskan tembakan
  • Sebelum ini, kediaman mangsa telah diberi tembakan amaran oleh individu yang sama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!