Jalan Tun Sardon dibuka semula 8 malam ini - Exco

GEORGE TOWN - Jalan P14 Jalan Tun Sardon, dekat sini dibuka semula kepada lalu lintas bermula 8 malam ini selepas ditutup akibat runtuhan cerun sejak petang 23 Oktober.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, kerja membersihkan jalan termasuk kerja pemecahan batuan serta pengalihan dahan dan pokok disiapkan pada 5 petang tadi.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah bertungkus lumus melaksanakan tugas di tapak supaya jalan itu dapat dibuka semula dengan berbaki sedikit lagi kerja di tapak (justeru) jalan akan dibuka semula bermula 8 malam.
"Bagaimanapun, kerja pemasangan kanvas bagi menutup runtuhan cerun baru mencapai 70 peratus dan masih terus dilaksanakan di tapak,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Zairil berkata, pengguna jalan raya diminta mengikut pelan pengurusan trafik (TMP) di sepanjang laluan itu dan memandu dengan berhati-hati. - Bernama
Ringkasan AI
- Jalan P14 Jalan Tun Sardon, George Town dibuka semula kepada lalu lintas bermula 8 malam ini selepas ditutup akibat runtuhan cerun sejak 23 Oktober
- Kerja membersihkan jalan termasuk pemecahan batuan dan pengalihan dahan serta pokok disiapkan pada 5 petang
- Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang bertungkus lumus melaksanakan tugas di tapak supaya jalan itu dapat dibuka semula
- Kerja pemasangan kanvas bagi menutup runtuhan cerun baru mencapai 70 peratus dan masih berlangsung
- Pengguna jalan raya diminta mengikut pelan pengurusan trafik dan memandu dengan berhati-hati
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
