Kes bunuh dua beranak: Tiga lelaki warga Nepal disambung reman

Reman terhadap tiga lelaki warga Nepal, termasuk suspek utama dalam kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, di sini disambung tujuh hari lagi hingga 7 November ini. Foto Bernama
Reman terhadap tiga lelaki warga Nepal, termasuk suspek utama dalam kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, di sini disambung tujuh hari lagi hingga 7 November ini. Foto Bernama
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Reman terhadap tiga lelaki warga Nepal, termasuk suspek utama dalam kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, di sini disambung tujuh hari lagi hingga 7 November ini.

Perintah sambung reman terhadap kesemua suspek berusia 30-an hingga 40-an itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kesemua suspek termasuk abang kepada suspek utama dengan berpakaian lokap tiba di mahkamah pada jam 9 pagi secara berasingan.

Pada 18 Oktober lepas, mangsa Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan maut dalam rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, dengan mayat wanita itu di dapur dan kanak-kanak berkenaan di tingkat atas.

Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa berusia 57 tahun selama seminggu hingga 25 Oktober lepas, sebelum menahan tiga lelaki Nepal berkenaan bagi membantu siasatan.

Suspek utama ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah dan direman tujuh hari hingga hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Reman terhadap tiga lelaki Nepal disambung tujuh hari lagi untuk kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru
  • Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit mengeluarkan perintah sambung reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam
  • Kesemua suspek, berusia 30-an hingga 40-an, termasuk abang kepada suspek utama, tiba di mahkamah secara berasingan
  • Mangsa Sariya Che Hin dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, ditemukan maut pada 18 Oktober
  • Suspek utama ditahan ketika cuba melarikan diri ke luar negara, dua lagi ditangkap di Bukit Tengah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!