Covid-19: RM15, 525 kerugian pembelian atas talian

Superintenden Aibee Ab Ghani
Superintenden Aibee Ab Ghani
A
A
A

SEREMBAN – Sebanyak RM15,525 nilai kerugian kes penipuan pembelian topeng muka serta cecair pembasmi kuman membabitkan jualan atas talian di negeri ini sejak 4 Februari lalu, sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab Ghani berkata, sebanyak sembilan kertas siasatan dibuka berkaitan kes itu.

“Kesemua mangsa telah membuat pembayaran secara atas talian kepada penjual tetapi mereka tidak menerima tempahan dalam tempoh yang dijanjikan selain individu terbabit pula gagal dihubungi.

“Ketika ini permintaan kedua-dua barangan terbabit sangat tinggi menyebabkan ramai yang tertarik dengan tawaran iklan di media sosial,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, Aibee berkata, pengguna digalakkan membeli dan mendapatkan bekalan daripada pembekal yang sah bagi mengelakkan ditipu pihak yang cuba mengaut keuntungan ketika kebimbangan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya, mangsa yang tertipu dinasihatkan membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan dilakukan.

Kita juga sedang mengesan pemilik 12 akaun bank yang digunakan untuk menipu dan kes disiasat mengikut 420 Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, " katanya.

Artikel Berkaitan:

.

INFO : 12 nombor akaun terbabit iaitu:-

1. Hong Leong Bank Berhad 04150191999

2. Hong Leong Bank Berhad 11550156025

3. Malayan Banking Berhad 152040557768

4. Malayan Banking Berhad 157148267020

5. Malayan Banking Berhad 160027548029

6. Malayan Banking Berhad 160102357577

7. Malayan Banking Berhad 162777369883

8. Malayan Banking Berhad 507152629169

9. Malayan Banking Berhad 514842405005

10. Malayan Banking Berhad 557241065940

11. RHB Bank Berhad 20713000045270

12. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 388194726256.