'Kami hanya ziarah saja' - ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin

Tunku Nadzaruddin (tiga dari kiri) bersama Danni (dua dari kiri) dan Kamarol Ridzuan (dua dari kanan) ketika mengadakan pertemuan di Istana Serting, Jempol.
Tunku Nadzaruddin (tiga dari kiri) bersama Danni (dua dari kiri) dan Kamarol Ridzuan (dua dari kanan) ketika mengadakan pertemuan di Istana Serting, Jempol.
A
A
A

JEMPOL - "Kami ziarah saja, kita nak menyelesaikan... tiada isu apa-apa pun".

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, di sini pada Khamis.

Jelas beliau, kehadiran mereka merupakan pertemuan kali pertama dengan Tunku Nadzaruddin.

"Tiada apa pun, perjumpaan kali pertama. Tiada benda pun," katanya ringkas.

Mengulas mengenai kehadiran hanya dua ADUN kerajaan daripada PN dalam pertemuan terbabit, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Negeri Sembilan itu sekali lagi menegaskan ia hanya kunjungan biasa.

Sementara itu ADUN Klawang, Danni Rais yang juga anak kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim pula mengelak soalan pemberita dan bergegas pulang sebaik ditanya kehadiran beliau ke situ.

Terdahulu, Kamarol Ridzuan yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tiba di istana berkenaan kira-kira jam 3.50 petang sebelum disusuli Danni, 10 minit kemudian.

Sebelum itu, Tunku Nadzaruddin kelihatan tiba sekitar jam 3.30 petang.

Pertemuan terbabit berlangsung lebih kurang setengah jam sebelum kesemua tetamu dijemput untuk minum petang.

Artikel Berkaitan:

Pada 23 September lalu, media melaporkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) akan mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban.

Bagaimanapun ia terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak berkuasa kerana faktor keselamatan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!