10 PKD, sembilan hospital terima sumbangan MAIS

Wakil MAIS menyerahkan sumbangan berupa pek makanan kering kepada PKD Sepang.
Wakil MAIS menyerahkan sumbangan berupa pek makanan kering kepada PKD Sepang.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan sebanyak RM10, 000 kepada 10 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan sembilan hospital di negeri ini.

MAIS dalam status di Facebook rasminya memaklumkan, sebanyak 3,000 pek makanan kering seperti roti dan air kotak disalurkan kepada petugas kesihatan dalam usaha menangani penularan koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan itu, PKD di negeri ini yang menerima bantuan itu meliputi PKD Gombak, Petaling, Kuala Langat, Sabak Bernam, Klang, Pelabuhan Klang, Sepang, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

"MAIS dengan kerjasama LZS dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) juga sebelum ini menyampaikan bantuan makanan kepada sembilan hospital iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Private Specialist Hospital Centre Sungai Buloh, Hospital Ampang, Hospital Shah Alam dan Hospital Sungai Buloh.

"Selain itu, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kajang, Hospital Selayang, Hospital Banting dan Hospital Serdang," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada mereka yang memerlukan kesan daripada Covid-19 ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda terus ke http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).

Artikel Berkaitan: