Banjir: Tiga PPS dibuka di Perak malam ini

Tiga PPS dibuka bagi menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga setakat jam 9 malam ini. Foto APM Perak
Tiga PPS dibuka bagi menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga setakat jam 9 malam ini. Foto APM Perak
A
A
A

IPOH - Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak pagi tadi membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga setakat jam 9 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Perak memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di LMS dibuka pada jam 7.30 malam, dengan proses pemindahan mangsa dan keluarga masih dijalankan.

Bagi daerah Manjung, PPS Sekolah Sungai Batu, Pantai Remis telah dibuka pada 8 malam yang menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga susulan kediaman mereka di Kampung Sungai Batu dan Kampung Nelayan terjejas banjir.

PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pengkalan Baru pula dibuka pada jam 8.30 malam dan proses pemindahan mangsa dari Kampung Padang Serai masih dilaksanakan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan bacaan paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang (RHN), Kampar berada pada tahap amaran dengan paras 22.5 meter (m) berbanding tahap normal iaitu 21.41m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan hujan di kesemua daerah pada malam ini kecuali Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perak dilanda banjir akibat hujan lebat melibatkan daerah Larut, Matang, Selama dan Manjung
  • Tiga pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan 180 mangsa dari 44 keluarga
  • PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt, Sekolah Sungai Batu, Pantai Remis dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dibuka
  • Proses pemindahan mangsa dan keluarga masih dijalankan
  • Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang berada pada tahap amaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!