Hujan lebat, ribut petir dijangka landa enam negeri - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah hingga 6 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 3.05 petang ini, kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah; di Terengganau (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu) manakala di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.
Di Sarawak membabitkan kawasan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit (Song) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh).
Kawasan di Sabah yang terlibat adalah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. - Bernama
Ringkasan AI
- Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Malaysia
- Kawasan terlibat termasuk Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah
- Di Kelantan, kawasan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah
- Di Selangor, kawasan melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling
- Kawasan di Sarawak dan Sabah seperti Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Bintulu, Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu juga terjejas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
