Amaran hujan lebat, ribut petir di enam negeri - MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang yang dijangka berterusan sehingga jam 12 tengah hari.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi MetMalaysia, fenomena tersebut dijangka melanda keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi negeri Perak, amaran melibatkan beberapa daerah termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.
Di Selangor, keadaan cuaca sama dijangka memberi kesan kepada Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.
Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Mukah serta bahagian Miri, khususnya di daerah Subis dan Miri.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap sebarang kemungkinan seperti banjir kilat dan pokok tumbang susulan cuaca tidak menentu ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
