Pembohongan Israel akhirnya terbongkar

Israel melakukan pelanggaran tempoh bertenang sebanyak 80 kali sejak 10 Oktober lalu. Foto AFP
Israel melakukan pelanggaran tempoh bertenang sebanyak 80 kali sejak 10 Oktober lalu. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Beberapa laporan mendedahkan Amerika Syarikat (AS) sebenarnya mengetahui insiden letupan di Rafah, selatan Gaza yang membunuh dua askar Israel berpunca daripada alat letupan tidak meletup (UXO).

"Ia bertentangan dengan tuduhan dibuat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mendakwa Hamas menyerang kereta kebal milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF)," menurut wartawan Ryan Grim pada Isnin memetik beberapa sumber rapat yang boleh dipercayai.

Bagi menutupi kesilapan sendiri, Netanyahu secara tiba-tiba mengumumkan lintasan sempadan akan dibuka setelah pemimpin 'ekstremis' tersebut menangguhkan pembukaannya bagi memberi laluan kepada konvoi penghantaran bantuan beberapa jam sebelum itu.

Wartawan Curt Mills di The American Conservative memetik kenyataan pegawai kanan AS juga mengesahkan Hamas tidak ada kena mengena dengan kejadian itu.

"Kereta kebal IDF melanggar peranti letupan buatan sendiri (IED) yang mungkin ditanam di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu. Ia meletakkan kesalahan itu terhadap Hamas," jelasnya.

IDF kemudiannya mengambil peluang untuk melancarkan semula gelombang serangan baharu ke seluruh Gaza hingga menjejaskan perjanjian gencatan senjata. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Amerika Syarikat mengetahui insiden letupan di Rafah, selatan Gaza yang membunuh dua askar Israel berpunca daripada alat letupan tidak meletup
  • Tuduhan Netanyahu bahawa Hamas menyerang kereta kebal IDF adalah tidak benar
  • Netanyahu mengumumkan pembukaan sempadan setelah menangguhkan konvoi penghantaran bantuan
  • Pegawai kanan AS mengesahkan Hamas tidak terlibat dengan kejadian itu
  • Kereta kebal IDF melanggar peranti letupan buatan sendiri yang menyebabkan IDF salah menuduh Hamas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!