Jangan menipu, patuh Perintah Kawalan Pergerakan: Polis

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) membuat Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) membuat Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap masyarakat mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, beliau mendapati masih ada individu yang berdegil dan cuba menipu pihak berkuasa dengan menunjukkan surat mendakwa dirinya berkhidmat dengan perkhidmatan penting negara.

“Saya mendapati surat berkenaan tiada nombor telefon majikan individu berkenaan dan menghubungi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tindakan lanjut.

"Semakan mendapati syarikat berkenaan tiada kaitan dengan perkhidmatan penting negara. Saya berharap rakyat perlu bersikap lebih jujur dan jangan menipu,” katanya ketika Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim meninjau pematuhan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Balai Sri Murni di sini hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, pihaknya juga berkomunikasi dengan warga asing menggunakan bahasa Myanmar sejak empat hari lalu supaya warga asing yang mendiami di kawasan itu lebih memahami Perintah Kawalan Pergerakan.

“Rakaman suara dalam bahasa Myanmar itu digunakan ketika rondaan di sekitar kediaman warga asing dan saya berharap mereka juga dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Artikel Berkaitan: