Media ibarat 'jambatan' PDRM dengan masyarakat

Acryl Sani bergambar bersama Ruzy Adila, Muhammad Afham Ramli dan Ahmad Ismadi Ismail.
Acryl Sani bergambar bersama Ruzy Adila, Muhammad Afham Ramli dan Ahmad Ismadi Ismail.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hubungan baik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengamal media kekal utuh dan berterusan pada masa akan datang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, media adalah 'jambatan' untuk medium saluran PDRM kepada rakyat.

"Orang ramai berhak tahu apa yang berlaku, pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri, kita sentiasa berhubung dengan media cuma mungkin dengan cara berbeza," katanya dalam ucapan pada majlis minum petang bersama pengamal media di Bukit Aman, di sini, pada Khamis.

Acryl Sani meraikan 80 pengamal media dari 30 agensi dalam majlis tersebut. Hadir sama Editor Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris; Ketua Meja Jenayah Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli dan wartawan Sinar Harian, Mohamad Hisyamuddin Ayub.

Pada majlis tersebut turut diadakan adalah taklimat berhubung pasukan khas yang menyiasat kes melibatkan penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Taklimat itu disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahaguan Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Mohamad Zainal dalam taklimatnya berkata, sebanyak 23 kertas siasatan membabitkan kes 3R disiasat pihaknya, lima daripadanya berjaya diselesaikan.

"Tiga kes berjaya dituduh di mahkamah manakala dua kes lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Baki 14 kes lagi masih dalam siasatan dan ada diantaranya sudah selesai siasatan dan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut," katanya.