Kes tikam pelajar: Mangsa ditikam berulang kali pada bahagian leher, dada

SHAH ALAM - Pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) yang maut dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai ditikam pada bahagian dada dan leher.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, proses bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa ditikam berulang kali.
Beliau berkata, proses bedah siasat terhadap mayat pelajar berusia 16 tahun itu dijalankan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan selesai kira-kira jam 2.30 pagi.
“Hasil bedah siasat mendapati banyak kesan luka ditemui pada tubuh mangsa.
“Mangsa dipercayai ditikam berulang kali pada bahagian leher dan dada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.
Katanya, polis setakat ini masih menunggu laporan rasmi daripada pakar patologi untuk butiran lanjut.
Terdahulu, mayat mangsa selesai dituntut pada jam 7.30 pagi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.
Pada Selasa, media melaporkan bahawa mangsa, yang juga pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) di sekolah sama, meninggal dunia di lokasi kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan bahawa suspek berjaya ditahan pada hari sama.
Ringkasan AI
- Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut ditikam di dada dan leher di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya
- Mangsa, berusia 16 tahun, ditikam berulang kali menurut hasil bedah siasat
- Bedah siasat dijalankan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan selesai awal pagi
- Polis masih menunggu laporan rasmi daripada pakar patologi untuk butiran lanjut
- Suspek insiden tersebut berjaya ditahan pada hari kejadian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

